Thursday, April 3, 2014

WANITA UMPAMA MAWAR BERDURI

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T...
Salam pembuka bicara..

Sebagai post yang pertama,, biarlah saya beritahu kenapa blog ana dinamakan MAWAR BIRU..

Saya merupakan seorang wanita islam.. Seorang wanita diumpamakan seperti sekuntum bunga mawar yang sentiasa menarik perhatian kumbang.. Namun, bunga mawar punya duri yang mampu melindungi dirinya daripada ancaman2 kumbang itu.. Namun, sekadar duri masih belum menjadikan dirinya high class buat kumbang yang terpilih.. Mawar seharusnya terlindung didalam sebuah balang, hanya mampu dilihat oleh sang kumbang, bukan disentuh. Andai tersilap langkah kumbang,, balang tersebut akan pecah. Maka, sang mawar tak dapat, diri sendiri yang terluka..



Tak faham?? Biar saya jelaskan.. Wanita itu punya rasa malu, itu fitrah semula jadi seorang wanita. Sifat malu itu diuumpamakan seperti duri. Namun, kita juga harus menutup aurat dengan sempurna, yang diuumpamakan seperti balang. Kalau ada lelaki ajnabi yang memaksa kita membuka aurat di hadapannya,, wanita mungkin akan menamparnya dan meninggalkan lelaki tersebut..

Wanita itu indah. Jadi hargailah dirimu wahai wanita. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Perlahan-lahan pun tak apa, asalkan kamu punya niat tersebut.. Usah biarkan dirimu jadi penyebab ayah, abang serta suami kamu menaggung azab kerana kamu tidak menutup aurat. Nauzubillah..

Mesti kalian tertanya-tanya,, kenapa warna biru?? Warna biru warna kesukaan ana.. No other reason.. Sampai di sini dahulu post ana yang pertama.. Harap kalian suka..



No comments:

Post a Comment